Selamat Datang

Sistem Maklumat Bancian Kemiskinan

Terengganu

Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk menggantikan sistem sedia ada atau sistem manual yang digunakan untuk merekod data-data fakir miskin oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Masalah biasa yang dikenalpasti menggunakan sistem manual ialah rekod-rekod untuk pemiskin sukar dicapai. Jadi, ini akan menjejaskan pengurusan sistem untuk mengendalikan capaian data.


Objektif utama bagi Sistem Maklumat Bancian Kemiskinan Terengganu ini adalah menyediakan peta negeri Terengganu untuk membuat capaian data-data pemiskin dengan memfokuskan sehingga ke kawasan kampung di seluruh negeri Terengganu.


Selain itu, ia juga membantu pengguna untuk mengetahui dan melihat bilangan bancian orang miskin di setiap kampung dengan memfokuskannya di peta. Pengguna boleh klik kawasan kampung di peta dan bilangan bancian akan dipaparkan. Dengan wujudnya aplikasi seperti ini, golongan pengguna sasaran diyakini mampu untuk merancang atau merangka pelan pembangunan yang lebih mantap di masa akan datang.